Salam,
Ni nak berkongsi cerita sedikit pasal diri sendiri , selalu dengar cerita orang tapi kali ni berlaku pada diri sendiri.
30 October 2012 , selepas solat maghrib.
aku keluar rumah betul² lepas solat maghrib and nk ke shah alam. Jadi kluar rumah macam biasa , aku tahu nak g shah alam time ni mmg jam, jadi aku ikot jalan pintas. Lalu la kat jalan SS1/16 ( depan srk kg tunku).
Jalan ni straight tron ke bawah bukit , dan banyak simpang dari kiri dan kanan. Aku tron la , xde la laju mane pon , kawasan perumahan la katakan. Ak nampak ada satu kereta dari hadapan menuju ke atas bukit , then tiba² dari sebelah kanan, ada satu kereta yang aku rasa memang laju muncul , ak dengar dia break tp ak rasa xde pape la sebab dia yg memang patot break sebab dia nak kluar simpang. Tapi malang xberbau, dusshhhh!!!!! ... dia langgar kereta aku , dan aku rasa aku terlanggar kereta lain ( kereta yang td ada kat depan aku tu , yg tgh menuju atas bukit) .... lepas tu , ak kedepan la ckit dalam terkejot tu. Mmg slalu dengar cerita , klu excident jangan kluar kereta. tp bila sendiri kena , mmg dah terpikir benda tu. lagi² kat kawasan perumahan kat kg tunku plak tu. (aku ingat ni zon selamat la). lain la klu kena langgar kat estate ke kan. mmg xkluar kereta la.
Pastu aku pon kluar kereta nak tgk keadaan kereta sendiri plus nak marah la kereta yang langgar aku tu. Ak kluar kereta je, ak nampak la satu kereta waja silver yang remuk bahagian depan and satu lagi kereta yang aku memang xnampak sangat ( aku gelarkan kereta ni sebagai kereta ketiga la eh, kereta ni akan ada kaitan dihujung cerita aku nie.) Lepas aku dapat tengok kereta yang terlibat nie , tiba² kluar dua orang ( berbangsa india) melulu kearah aku. Seorang bawak parang. Seorang lagi xde pape. bile korang tgk org bawak parang je, fuuhhh... lembik lutut wooo... mamat yg xpegang parang tu tros lari & tendang aku. terkejut gler aku. die marah aku kenapa aku xberhenti. ak cakap la , dia yang patot berhenti , bukannya aku. sebab ak melawan kot , mamat yang pegang parang tu hayun parang tu kat kepala aku. sakit la jugak. ak ingat kepala aku dah terbelah dah. tapi Alhamdulillah xde pape , mungkin mamat tu guna belakang parang kot. Then diorang terus geledah kereta aku dan mintak kunci kereta. Aku bagi la dia , dah dia pakai parang , tp dia xreti nak start kereta aku. Tibe2 aku nampak ada 3 wanita (berbangsa India, mungkin keluar dari kereta yang sama) , lelaki berparang tu suroh tiga orang wanita tu masok dalam kereta aku, dan mamat sorang lagi tu duduk depan. disebabkan accident tadi , pintu passenger seat depan xleh bukak and at the same time , dia pon xreti start kereta aku jadi aku dipaksa masuk kedalam kereta bersama diorang berdua. Wanita bertiga itu ditinggalkan. Time tu Alhamdulillah , aku sempat telepon mak aku " mak , saya accident , ada org pukul saya", teros mamat berparang tu ambik hp aku. Then dia pon jalankan kereta aku tu , katanya nak ke hospital sunway ( mamat seorang lagi tu injured, terkena airbag kereta diorang td) . Jadi , tgh dalam perjalanan, kononnya nak ke hospital sunway , ramai yg menegor kereta aku punya tayar kanan blakang rosak habis. ( mungkin akibat accident tadi) Oh ya , lelaki berparang tu yang drve kereta aku, aku duduk blakang dengan mamat yang injured tu. Disebabkan ramai sangat menegor , dia pon takot la kot, jadi dia kata nk tukar spare tayar. Die pon masuk ke arah taman medan . Dan berhenti kat salah satu bengkel yang dah tutup, area Desa Ria. then dia suroh aku tukar tayar. haha.. mmg silap la, ak dah la xpenah tukar tayar seumor hidop aku ni. memang lembab habis. Then , lepas tukar tayar , ak masok kereta. datang la ada dua lelaki ( berbangsa melayu) dia tanya pada mamat parang tu apa yang berlaku , and mamat parang tu pon cerita la ( cerita sebenar) , then maybe laki melayu tu terasa suspicious , sebab kereta ak , tapi kenapa india yg bawak pulak. then , dia mintak no. telefon aku.. ak xsempat bagi , mamat parang tu dah jalan.
Plan asalnye nak ke hospital dah xjadi , kawasan berhampiran bengkel kami berhenti tadi ada klinik, die terus ke klinik tu. Mamat yang injured tu macam dah pengsan , mamat parang tu cakap kat aku, kalau kawan dia mati, aku pon akan mati !!!!!! Jadi kami pon usung kawan dia ke dalam klinik tu , dan doktor cakap , ni kena g hospital. Mamat yang injured tu mmg xpuas hati dgn aku je , dia banyak tumbuk & tendang aku now & then. Time ni tiba² geng diorng datang satu persatu dengan motor. Dekat luar klinik tu ada lebih kurang 10-12 org. Salah seorang dari mereka , snap gambar aku dengan hp die ...sioott je, siap ugut lagi, "malam ni ko selamat, tp next time siap ko"... Aku ada mintak tolong dengan doktor tu , tapi doktor tu xlayan pon. sioot jee, xpasal² kena debik dengan salah seorang geng die yang datang. Dia marah cakap "ko cakap apa dengan doktor tu" .... and dia tarik aku kluar klinik. Then tiba² datang seorang lagi geng diorang berkereta and bawak mamat yang sakit tu ketempat lain. xtau kemana. kata mamat berparang tu,nk dibawa ke hospital....
Lepas tu , ak dibawa naik kereta aku , kali ni hanya berdua . aku & mamat parang tadi, Dia cakap nak follow kereta tadi kehospital. tapi x ... ak pon xtau dia bawak aku kat mane , aku perasan ada dua motor ikot skali dari blakang, tibe2 dia masok jalan berbatu... then aku nampak sungai... then tros lagi ke dalam , aku nampak kuil india. ffuuhhh, wa cakap luu ... time ni ak pasrah habis dah... mengucap je tinggal ... siriously , ak rasa akan matii jee... tp Alhamdulillah x. Mamat parang ni berhenti tepi kuil tu and start bercakap pasal kereta dia yang ak langgar tadi, mcm ne nak settle & bla² .... then dia mintak 2000rggt , aku ckp la aku xde.... then dia maek ic, driving license aku & atm card aku. Die kata die nk kluarkan semua duit dalam akaun aku & kire settle. . . . then dia cakap klu aku bagi salah pin number , aku akan mati. Aku pon bagi la , aku dah xlarat dah time tu , memang nak settlekan segera , biarla habis duit pon , pasrah je. aku bagi la pin number aku. then dia start geledah kereta aku , cari ada x barang berharga yang lain. then dia jumpa psp , perfume & charger apple. Die tanye cherger ni utk apa , ak ckp la untuk ipod. then die tanye mane ipod tu , ak ckp la kat rumah ( mmg ade kat rumah pon ) , dia xcaya , die start selongkar lagi & then dia ckp " lepas aku balik dari atm , xde ipod tu, ko mati".... dia suroh aku turonkan seat dan baring, jangan buat pape yang pelik or aku akan mati. dua motor yang ikot tu , just park kat tepi kereta aku. jadi guard kot.
And tibe² dia menggelabah ... dan motor yg dua tu pon memecut lintang pukang , aku toleh ke kiri , ak nampak kereta peronda. ALhamdulillah. tp then die memecot kereta aku kaw2 , rempoh je apa yang ada. then masuk ke highway and kereta start berpusing2 ( sebab ada tayar spare kan) , dia marah aku kenapa kereta aku berpusing ... huhu , ntah pape ntah ... then , disebabkan asyik berpusing , dia pon masok ikot jalan dalam. jalan dah la byk lobang , dia bawak laju.... tadi kan , klu korang ingat , aku yang kena tukar tayar spare tu, ditakdirkan , ak ikat xketat rupenye.... satu persatu nut dekat roda tu tercabot ... sampai la tinggal satu & kereta tu dah xboleh bergerak lagi. Jadi , die terpaksa berhenti kat tepi jalan. Dia mati kan enjin , dan suroh turonkan seat.. die suroh tggu sampai kawan dia sampai tp Alhamdulillah , selang 2 minit mcm tu , 3-4 kereta polis sampaiiii .... Alhamdulillah .... mamat ni suroh aku berlakon jadi member dia ..haha , aku pon berlakon la , nak slamat la katakan .. tp xpasal2 kena hulur pistol & kena gari dengan polis... huhu , polis pon ingat aku penjahat ..siottt je, tp xlme la , bile aku cerita cerita sebenar , polis bukak la gari kat tgn aku tu.... then.. kereta kena tow , and aku buat repot kat balai... polis byk kali tanye pasal plate number kereta india td, tp aku mmg xsempat baca pon .... jd dlm repot ak xde la plate number kereta mamat tu.
sampai lah next day , time aku buat report untuk accindent ( nak claim insurans nye pasal) , lepas aku buat report tu, polis cakap semlam dah ada org repot kejadian yang menguatkan cerita aku. Ingat x pasal kereta ketiga yg ak cakap mula2 tadi. kereta ketiga tu dah dtg buat report... die ckp die nmpak mcm ada orang bergadoh dan ada orang kena pukul dengan pisau@parang. Then , dia pon bg plate number kereta mamat jahat td. and lepas polis check , rupenye kereta tu, kereta curiiiiii ... dua hari sebelum ni, ada mamat melayu buat aduan hilang kereta , & tu la kereta diaa... the end..
sekarang aku tengah tggu court panggil ... cuak seyhh jumpe diorng lagi kat court... ishhkk2
MORAL OF THE STORY:
1. JANGAN KELUAR LEPAS MAGHRIB , KELUARLAH LEPAS ISYAK
2. XKIRA SAMA ADA DILANGGAR OR KENA LANGGAR , JANGAN BERHENTI, JANGAN KELUAR DARI KERETA , TEROS KE BALAI ( KLU BOLEH , HAFAL PLATE NUMBER ORG TU DLU)
3.XYAH LETAK BARANG BERHARGA DALAM KERETA