Monday, November 5, 2012

Pasti Ada Hikmah Disebalik Kejadian

Salam,
Ni nak berkongsi cerita sedikit pasal diri sendiri , selalu dengar cerita orang tapi kali ni berlaku pada diri sendiri.

30 October 2012 , selepas solat maghrib.

aku keluar rumah betul² lepas solat maghrib and nk ke shah alam. Jadi kluar rumah macam biasa , aku tahu nak g shah alam time ni mmg jam, jadi aku ikot jalan pintas. Lalu la kat jalan SS1/16 ( depan srk kg tunku).
Jalan ni straight tron ke bawah bukit , dan banyak simpang dari kiri dan kanan. Aku tron la , xde la laju mane pon , kawasan perumahan la katakan. Ak nampak ada satu kereta dari hadapan menuju ke atas bukit , then tiba² dari sebelah kanan, ada satu kereta yang aku rasa memang laju muncul , ak dengar dia break tp ak rasa  xde pape la sebab dia yg memang patot break sebab dia nak kluar simpang. Tapi malang xberbau, dusshhhh!!!!! ... dia langgar kereta aku , dan aku rasa aku terlanggar kereta lain ( kereta yang td ada kat depan aku tu , yg tgh menuju atas bukit) .... lepas tu , ak kedepan la ckit dalam terkejot tu. Mmg slalu dengar cerita , klu excident jangan kluar kereta. tp bila sendiri kena , mmg dah terpikir benda tu. lagi² kat kawasan perumahan kat kg tunku plak tu. (aku ingat ni zon selamat la). lain la klu kena langgar kat estate ke kan. mmg xkluar kereta la.

Pastu aku pon kluar kereta nak tgk keadaan kereta sendiri plus nak marah la kereta yang langgar aku tu. Ak kluar kereta je, ak nampak la satu kereta waja silver yang remuk bahagian depan and satu lagi kereta yang aku memang xnampak sangat ( aku gelarkan kereta ni sebagai kereta ketiga la eh, kereta ni akan ada kaitan dihujung cerita aku nie.) Lepas aku dapat tengok kereta yang terlibat nie , tiba² kluar dua orang ( berbangsa india) melulu kearah aku. Seorang bawak parang. Seorang lagi xde pape. bile korang tgk org bawak parang je, fuuhhh... lembik lutut wooo...  mamat yg xpegang parang tu tros lari & tendang aku. terkejut gler aku. die marah aku kenapa aku xberhenti. ak cakap la , dia yang patot berhenti , bukannya aku. sebab ak melawan kot , mamat yang pegang parang tu hayun parang tu kat kepala aku. sakit la jugak. ak ingat kepala aku dah terbelah dah. tapi Alhamdulillah xde pape , mungkin mamat tu guna belakang parang kot. Then diorang terus geledah kereta aku dan mintak kunci kereta. Aku bagi la dia , dah dia pakai parang , tp dia xreti nak start kereta aku. Tibe2 aku nampak ada 3 wanita (berbangsa India, mungkin keluar dari kereta yang sama) , lelaki berparang tu suroh tiga orang wanita tu masok dalam kereta aku, dan mamat sorang lagi tu duduk depan. disebabkan accident tadi , pintu passenger seat depan xleh bukak and at the same time , dia pon xreti start kereta aku jadi aku dipaksa masuk kedalam kereta bersama diorang berdua. Wanita bertiga itu ditinggalkan. Time tu Alhamdulillah , aku sempat telepon mak aku " mak , saya accident , ada org pukul saya", teros mamat berparang tu ambik hp aku. Then dia pon jalankan kereta aku tu , katanya nak ke hospital sunway ( mamat seorang lagi tu injured, terkena airbag kereta diorang td) . Jadi , tgh dalam perjalanan, kononnya nak ke hospital sunway , ramai yg menegor kereta aku punya tayar kanan blakang rosak habis. ( mungkin akibat accident tadi) Oh ya , lelaki berparang tu yang drve kereta aku, aku duduk blakang dengan mamat yang injured tu. Disebabkan ramai sangat menegor , dia pon takot la kot, jadi dia kata nk tukar spare tayar. Die pon masuk ke arah taman medan . Dan berhenti kat salah satu bengkel yang dah tutup, area Desa Ria. then dia suroh aku tukar tayar. haha.. mmg silap la, ak dah la xpenah tukar tayar seumor hidop aku ni. memang lembab habis. Then , lepas tukar tayar , ak masok kereta. datang la ada dua lelaki ( berbangsa melayu) dia tanya pada mamat parang tu apa yang berlaku , and mamat parang tu pon cerita la ( cerita sebenar) , then maybe laki melayu tu terasa suspicious , sebab kereta ak , tapi kenapa india yg bawak pulak. then , dia mintak no. telefon aku.. ak xsempat bagi , mamat parang tu dah jalan.

Plan asalnye nak ke hospital dah xjadi , kawasan berhampiran bengkel kami berhenti tadi ada klinik, die terus ke klinik tu. Mamat yang injured tu macam dah pengsan , mamat parang tu cakap kat aku, kalau kawan dia mati, aku pon akan mati !!!!!! Jadi kami pon usung kawan dia ke dalam klinik tu , dan doktor cakap , ni kena g hospital. Mamat yang injured tu mmg xpuas hati dgn aku je , dia banyak tumbuk & tendang aku now & then. Time ni tiba² geng diorng datang satu persatu dengan motor. Dekat luar klinik tu ada lebih kurang 10-12 org. Salah seorang dari mereka , snap gambar aku dengan hp die ...sioott je, siap ugut lagi, "malam ni ko selamat, tp next time siap ko"... Aku ada mintak tolong dengan doktor tu , tapi doktor tu xlayan pon. sioot jee, xpasal² kena debik dengan salah seorang geng die yang datang. Dia marah cakap "ko cakap apa dengan doktor tu" .... and dia tarik aku kluar klinik. Then tiba² datang seorang lagi geng diorang berkereta and bawak mamat yang sakit tu ketempat lain. xtau kemana. kata mamat berparang tu,nk dibawa ke hospital....

Lepas tu , ak dibawa naik kereta aku , kali ni hanya berdua . aku & mamat parang tadi, Dia cakap nak follow kereta tadi kehospital. tapi x ... ak pon xtau dia bawak aku kat mane , aku perasan ada dua motor ikot skali dari blakang, tibe2 dia masok jalan berbatu... then aku nampak sungai... then tros lagi ke dalam , aku nampak kuil india. ffuuhhh, wa cakap luu ... time ni ak pasrah habis dah... mengucap je tinggal ... siriously , ak rasa akan matii jee... tp Alhamdulillah x. Mamat parang ni berhenti tepi kuil tu and start bercakap pasal kereta dia yang ak langgar tadi, mcm ne nak settle & bla² .... then dia mintak 2000rggt , aku ckp la aku xde.... then dia maek ic, driving license aku & atm card aku. Die kata die nk kluarkan semua duit dalam akaun aku & kire settle. . . . then dia cakap klu aku bagi salah pin number , aku akan mati. Aku pon bagi la , aku dah xlarat dah time tu , memang nak settlekan segera , biarla habis duit pon , pasrah je. aku bagi la pin number aku. then dia start geledah kereta aku , cari ada x barang berharga yang lain. then dia jumpa psp , perfume & charger apple. Die tanye cherger ni utk apa , ak ckp la untuk ipod. then die tanye mane ipod tu , ak ckp la kat rumah ( mmg ade kat rumah pon ) , dia xcaya , die start selongkar lagi & then dia ckp " lepas aku balik dari atm , xde ipod tu, ko mati".... dia suroh aku turonkan seat dan baring, jangan buat pape yang pelik or aku akan mati. dua motor yang ikot tu , just park kat tepi kereta aku. jadi guard kot.

And tibe² dia menggelabah ... dan motor yg dua tu pon memecut lintang pukang , aku toleh ke kiri , ak nampak kereta peronda. ALhamdulillah. tp then die memecot kereta aku kaw2 , rempoh je apa yang ada. then masuk ke highway and kereta start berpusing2 ( sebab ada tayar spare kan) , dia marah aku kenapa kereta aku berpusing ... huhu , ntah pape ntah ... then , disebabkan asyik berpusing , dia pon masok ikot jalan dalam. jalan dah la byk lobang , dia bawak laju....  tadi kan , klu korang ingat , aku yang kena tukar tayar spare tu, ditakdirkan , ak ikat xketat rupenye.... satu persatu nut dekat roda tu tercabot ... sampai la tinggal satu & kereta tu dah xboleh bergerak lagi. Jadi , die terpaksa berhenti kat tepi jalan. Dia mati kan enjin , dan suroh turonkan seat.. die suroh tggu sampai kawan dia sampai tp Alhamdulillah , selang 2 minit mcm tu , 3-4 kereta polis sampaiiii .... Alhamdulillah .... mamat ni suroh aku berlakon jadi member dia ..haha , aku pon berlakon la , nak slamat la katakan .. tp xpasal2 kena hulur pistol & kena gari dengan polis... huhu , polis pon ingat aku penjahat ..siottt je, tp xlme la , bile aku cerita cerita sebenar , polis bukak la gari kat tgn aku tu.... then.. kereta kena tow , and aku buat repot kat balai... polis byk kali tanye pasal plate number kereta india td, tp aku mmg xsempat baca pon .... jd dlm repot ak xde la plate number kereta mamat tu.

sampai lah next day , time aku buat report untuk accindent ( nak claim insurans nye pasal) , lepas aku buat report tu, polis cakap semlam dah ada org repot kejadian yang menguatkan cerita aku. Ingat x pasal kereta ketiga yg ak cakap mula2 tadi. kereta ketiga tu dah dtg buat report... die ckp die nmpak mcm ada orang bergadoh dan ada orang kena pukul dengan pisau@parang. Then , dia pon bg plate number kereta mamat jahat td. and lepas polis check , rupenye kereta tu, kereta curiiiiii ... dua hari sebelum ni, ada mamat melayu buat aduan hilang kereta , & tu la kereta diaa... the end..

sekarang aku tengah tggu court panggil ... cuak seyhh jumpe diorng lagi kat court... ishhkk2

MORAL OF THE STORY:
1. JANGAN KELUAR LEPAS MAGHRIB , KELUARLAH LEPAS ISYAK
2. XKIRA SAMA ADA DILANGGAR OR KENA LANGGAR , JANGAN BERHENTI, JANGAN KELUAR DARI KERETA , TEROS KE BALAI ( KLU BOLEH , HAFAL PLATE NUMBER ORG TU DLU)
3.XYAH LETAK BARANG BERHARGA DALAM KERETA

Salam

Thursday, December 2, 2010

mcm ne hendak start menulis kembali?

salam semua,

masa awal2 buat blo dlu , rasa byk je idea nk tulis , byk story utk dikongsi , tp sejak kebelakangan ni (almost setahun jgk) , rasa malas gler nk menaip blog tp still byk benda utk share . waduh , utk sapa2 yg ikot blog ni , bg masa skit lg ye , insyallah ak akan smbg blk. salam

Friday, May 7, 2010

I Start with Mount Fuji

Salam, sorry lme gler x update, bercuti sakan la katakan. mak ayah aku n adik aku datang, so dok sibuk ke sana kemari, terlalu byk cerita utk di kongsi, terlalu byk gambar utk di upload tp terlalu malas utk menaip. huhu .. pape pun aku start dgn Gunung Fuji. Ni korang tgk la gunung fuji dari jarak terdekat yg kami mampu =)









Friday, March 12, 2010

lesen malaysia - lesen jepun

sebelum aku g amek lesen ni, ramai je aku dgr member2 yg dah pernah amek, ada smpi 5x, ada 4x & yg paling power pun 2x je. Np la xde org lepas masa 1st time. Pelik aku. Jd aku pun cube la. haha ... mmg btl, 1st time mmg xleh. walaupun kte dh tau track. still xleh. klu aku sbb cuak sgt, nk pijak paddle clutch tu xstabil. huhu ... time kat cni br la nmpak org jepun tu tegas gler. hampeh btl ....

demi nak amek lesen ni, mula2 kte kena translate lesen malaysia ke dlm bahasa jepun, nak buat sendiri mmg susah, jd g la hantar kat tmpt nama JAF.

2010/03/01-translate lesen = 3000yen

2010/03/02-1st time = cuak sgt smpi tersalah masuk lane org (failed) - 2400yen

2010/03/04-2nd time = bwk kete mcm dah trasa ok tp xbwk passport plak. (failed) - 2400yen

2010/03/09-3rd time=complete the track tp xlepas jgk.huhu.org tu kata bg signal lmbt sgt & time tmpt patut laju aku xlaju. (failed) - 2400yen
2010/03/11-4th time=Complete the track. Alhamdulillah die xkomen byk. Die just kata drive carefully kat jepun(passed) -2400yen

total = 11hari - 14700yen telah ku habiskan utk tukar lesen =) alhamdullilah akhirnye berjaya.

Oh ya, masa aku kat sana on the last day tu, aku ada borak dgn mamat pakistan ni, die lulus jgk time tu, die dah 8x br lulus, dia cter ada member die dah 17x , xlulus jgk. time tu bersyukur gler aku dgr. Moga2 mamat pakistan yg xlulus tu lulus.huhu.amin

Friday, January 15, 2010

My Own Car






Alhamdulillah, setelah 3 bulan ++ aku membaito bagai nak gler. boleh la dgn bangga nye aku annaunce aku dah ada kete sendiri =) . kete ni dh dlm 3bulan lney aku pakai, tp disebabkan pinjam duit member, xbest la nak ngaku kete sendiri ag. tp skarang hutang kete sume dah langsai =). alhamdulillah.
Dok jepun ni, seriously mmg mudah klu ada kete, klu kte sorang2 mmg la gne train or bus dah ckp tp duit byk hbs utk pengangkutan awam ni. Klu boleh nk try jimat habis kn, so, dgn ada nye kete, insyallah dapat berjimat2 klu nak berjalan2 beramai2. dapat jimat lbey 50% cos pengangkutan. Ag satu xpenat, duduk je dalam kete. klu penat pun, driver sorang je la.hehe ... tp klu nek tren or bus, xsemstinye dapat duduk, klu pack, berhimpit ag. kn susah namanye.

Tp nak memandu kat jepun ni rumit ckit berbanding kat mesia. Jalan kecik, penggunaan trafic light pun lain & mcm2 ag la. Pastu, seboleh2 nye kne ada lesen jepun. International license hanye bertahan setahun je. Tp nak buat lesen jepun ni bukan mudah, aku dgr member2 n senior2 aku yg amek driving test, minimum pun 3 kali baru lulus. Duit beb, duit hbs begitu saja.huhu...

Oh ya, kembali kepada keteta aku. Kereta ni nama die Altezza. Toyota yg punye.

Manual. Klu drive mmg layan, tp klu tgk luar.nauzubillah. penuh calar. huhu . . aku bli kete dari senior aku. sebab byk calar, die jual agak murah. So, aku angkat je la. Klu ada rezeki aku sambung master, insyallah aku tukar kete len. klu x, aku bwk blk je kot kete ni.huhu.... tu yg aku x g cat ag kete tu, selain agak mahal klu nak tampal2 part yg calar2 tu, aku xpasti ag nk bwk blk kete ni ke x.huhu...

Aku smpai sekarang masih xcaya yg aku dah mampu bwk manual.huhu ... before fly, last skali aku bwk kete manual time amek driving test.Dalam tahun 2004 rasanye.huhu. lepas tu, xpernah bwk sampai la aku ada kete Altezza ni.hehe . . .


Sunday, January 3, 2010

SnoW Boarding


Untuk pertama kalinye dalam hidup aku, aku melihat, menyentuh & merasa salji. Seperti mimpi menjadi kenyataan. Xpernah terbayang yg aku akan sampai ke saat ni. ye la, dok mesia panas je, tp alhamdulillah di beri rezeki sambung stdy kat negeri org yg ada salji. Mmg bersyukur gler aku rasa ble dapat tgk salji tu.

Kat tempat aku tinggal kat jepun ni, xde salji trun, org jepun kata bagus xde salji tron. sbb klu ada salji jadi menyusahkan, jalan licin, klu salji tebal sgt, susah nak jalan, & mcm2 ag la.

Aku dapat tgk salji ni pun sbb ikot trip dgn member2 aku ke nagano, utk main snowboard. huhu. skateboard pun xpernah men, ni tbe2 nak snowboard. mmg mantap la kn.

Ktorang bertolak dari omiya pukul 1120 malam mcm tu, dgn bus. separuh daripada bus tu ktorng je. paham2 la, org mlayu klu nek bus, ag2 klu kenal mengenali. mmg bising la. org jepun senyap je. sampai pakcik driver sound suroh slow ckit bercakap.huhu . . .

belum pape, kol 12 tgh malam, bus dah stop berehat utk setengah jam. ntah pape la kn.tp bagus jgk, sejuk2 ni cepat je rasa nak buang air.huhu . . 1230 ktorng meneruskan perjalanan. tp dlm 2jam pastu, stop ag. 30minit jgk.huhu . . .


suasana slm bus mmg panas gler, nak bernafas pun susah, tp klu kluar, sejuk sgt plak. huhu . . . malaysia jgk bagus.. .
dalam kol 4-430 mcm tu, ktorng dah start masok ke tempat yg dah bersalji =). masing2 teruja tgk salji. 1st experience la katakan. Then, dalam kol 530am, ktorng sampai la kat tempat snowboard yg di rancang tu. tron je bus, kecoh. masing dok pegang salji, sejuk2 pun pegang jgk. nak merasa mcm ne la salji ni. slalu tgk dalam tv je.huhu . .
dalam sejam jgk ktorng lepak kat lobby hotel, nak tggu proses check in bilik sume. then ble dah settle bilik, ktorng angkat barang, n lepak2 dalam bilik sampai kol 9. pastu gilir g amek kasot, baju, sluar, board , glove & google yg ktorng sewa.

dalam kol 10 mcm tu, ktorng nek bus kecik ke tapak snowboard.memang kagum gler la tgk kawasan pergunungan yg penoh dgn salji, mcm dalam tv je rasanye.huhu.Sebelum ktorang start men, setiap org akan dapat satu kad utk naik gondola. gondola tu mcm kabel car la, cuma xde pintu, tmpat duduk je.huhu. . . gondola ni gunenye ble kte nak naik ke tempat yg lebih tinggi utk snowboard ke bawah. xkan nk mendaki ke atas kn, mmg semput la.huhu...

Then bermula la proses bermain snowboard. Apa yg dapat aku conclude kn, 1st day xbest sgt sbb kad gondola aku hilang lepas 1st attempt aku. sedey gler. So xbyk aku men 1st day sbb ble dah tron bawah xdpt nek2 dah. 2nd day plak baru nak start men, br nak blajar basic. member len sume dah power ckit. tp 2nd day salji dah keras, xbest sgt. sbb mlm sebelum tu, salji xtron,
so salji yg semalam dah keras. 3rd day play, men ckit je, sbb badan dah start sakit gler2, n salji tron gler2. sejuk kaw2 nye hari tu. huhu . . . Dalam kol 5 hari ke 3, ktorng balik ke shinjuku . Sekian.